CFMOTO 250 CL-X 2023 kini dilancarkan di pasaran Malaysia

2022 CFMOTO 250 CL-X

Sebuah lagi model naked bergaya retro terbaharu CFMOTO 250 CL-X 2023 kini rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, dengan harga asas sekitar RM 16,XXX sahaja.

Setakat ini berdasarkan pemerhatian, beberapa buah laman Facebook syarikat penjual motosikal tempatan telah pun mula mempromosikan ketibaan model berkenaan.

Dari segi spesifikasi, ciri-ciri dan juga pilihan warna, CFMOTO 250 CL-X untuk pasaran Malaysia ini didapati sama dengan model yang ditawarkan di pasaran Indonesia.

Dengan harga jualan yang berpatutan dan reka bentuk yang sporty, CFMOTO 250 CL-X 2023 ini dijangka akan mendapat sambutan daripada peminat motosikal tempatan.