Thrust Motor Blitz 115 2023 dilancarkan di pasaran Greece

Di pasaran Greece, sebuah model kapcai terbaharu yang diberi nama Thrust Motor Blitz 115 2023 telah dilancarkan, dengan harga sebanyak 1,790.00 Euro (RM 8,432.68).

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Blue, Red dan Black, manakala enjinnya bersesaran 114cc (single cylinder, four stroke, air cooled, EFI) dengan kotak gear empat kelajuan.

Jumlah kuasa yang dihasilkan oleh enjin itu mencapai paras 9.0hp @ 7,500rpm dengan tork 8.9Nm @ 5,500rpm. Pelbagai ciri-ciri menarik melengkapi model kapcai tersebut.

Antaranya seperti sistem lampu LED, panel meter digital dengan analog, port pengecas USB, brek cakera depan dan belakang dengan sistem CBS, dan rim aloi yang sporty.