Model kembara KTM 390 Adventure 2023 baru-baru ini diperkenalkan dengan rim roda jenis berjejari, bagi menggantikan rim aloi yang digunakan oleh model tahun 2022.
Rim roda berjejari yang lasak dan ringan itu tampil dalam warna hitam (black anodized aluminum rims and spoked wheels), bersaiz 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang).
Spesifikasi lain masih kekal sama, antaranya enjin 373.2cc (four-stroke, single-cylinder, liquid cooled) yang bertaraf Euro 5, dengan kuasa 44hp dan tork 37Nm @ 7000rpm.
Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, PASC slipper clutch dan sistem Ride-by-Wire. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti 14.5 liter.
Melengkapkan lagi spesifikasi moden dan canggih pada KTM 390 Adventure 2023 ialah Motorcycle Traction Control (MTC), Cornering ABS, dan juga mod OFFROAD ABS.
Sistem suspensinya daripada jenama WP Apex, dan sistem brek pula daripada Brembo BYBRE (320 front and 230 mm rear discs with four-piston calipers on the front).
KTM 390 Adventure 2023 seterusnya dilengkapi sistem brek ABS dua saluran, paparan meter digital TFT 5.0 inci, sistem lampu LED, tinggi pelana 830 mm, dan berat 172 kg.
Menurut KTM, model tersebut juga didatangkan dengan pilihan warna dan grafik terkini yang lebih sporty dan menyerlah. Di bawah berikut ialah gambar-gambar menariknya.