Di pasaran Malaysia sebelum ini, CFMOTO 700CL-X Heritage 2022 telah ditawarkan sejak bulan Januari 2022, dengan harga asas sebanyak RM 28,800.00 sahaja.
Kini pada awal bulan Januari 2023 yang lepas, sebuah lagi model CFMOTO 700CL-X Sport 2023 rasmi tiba di pasaran Malaysia, dengan harga asas hanya RM 33,800.00.
Tampil sebagai sebuah model bergaya cafe racer, CFMOTO 700CL-X Sport ditawarkan dengan dua pilihan warna menarik dan sporty iaitu Nebula White dan Velovity Grey.
Enjinnya pula bersesaran 693cc (2-cylinder inline, 4-stroke, liquid-cooled, DOHC), yang kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan CF-SC Slipper Clutch.
Prestasi maksimumnya mencapai 73.7hp @ 8,500rpm dengan tork 68Nm @ 6,500rpm. Untuk lebih keseronokan, ianya tersedia dengan dua mod tunggangan Eco dan Sport.
Turut melengkapinya ialah fork depan KYB dan suspensi belakang tunggal KYB boleh laras, dan juga sistem brek Brembo depan dan belakang dengan ABS Dual Channel.
CFMOTO 700CL-X Sport seterusnya dilengkapi teknologi Cruise Control, sistem lampu LED sepenuhnya, port pengecas USB dan paparan meter digital pelbagai informasi.
Spesifikasi lain termasuklah tayar depan dan belakang 120/70-17 dan 180/55-17, tinggi tempat duduk 795 mm, tangki bahan api 13 liter, dan berat hanya 205 kg (curb weight).
Sumber : CFMOTO Branch Cheras KL