Galeri : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam

Di pasaran Vietnam, Yamaha Exciter 155 VVA 2021 telah dilancarkan dengan rasminya pada bulan Disember 2020, dalam dua pilihan varian iaitu Standard dan Premium.

Kedua-dua varian tersebut tampil dengan tiga pilihan warna yang sama iaitu Black, Red – Black dan White, namun terdapat tiga perbezaan yang membezakan kedua-duanya.

Bagi varian Premium, ianya mempunyai tiga ciri tambahan berbanding varian Standard, iaitu brek cakera depan dengan kaliper dua piston, Smart Key dan pengecas USB.

Bagi varian Standard, model moped itu hanya dilengkapi kaliper brek depan satu piston, sistem kunci biasa, di samping tidak dibekalkan kemudahan soket pengecas USB.

Spesifikasi dan ciri-ciri lain adalah sama, seperti lampu depan dan belakang LED, panel meter digital LCD, suis pemati enjin, dan juga suis ‘passing light’ untuk memotong.

Yamaha Exciter 155 VVA 2021 dilengkapi enjin 155cc (single-cylinder, 4-stroke, 4-valve, SOHC, liquid-cooled) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.

Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 17.7hp @ 9,500rpm dan tork 14.4Nm @ 8,000rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, ianya dibekalkan tangki bahan api 5.4 liter.

Di pasaran Vietnam, Yamaha Exciter 155 VVA kini telah sampai ke model tahun 2023, sama seperti model Yamaha Y16ZR 2023 yang kini ditawarkan di pasaran Malaysia.

Untuk anda yang belum pernah melihat gambar-gambar menarik Yamaha Exciter 155 VVA 2021, anda boleh saksikannya melalui paparan dalam galeri seperti di bawah.

Galeri : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Standard Version)

Galeri : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Premium Version)