Web Analytics
Suzuki SV650 2023 dan Suzuki SV650X 2023 terima kemaskini warna baharu di pasaran Jepun – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Suzuki SV650 2023 dan Suzuki SV650X 2023 terima kemaskini warna baharu di pasaran Jepun

Suzuki di pasaran Jepun hari ini memperkenalkan dua model iaitu Suzuki SV650 2023 dan Suzuki SV650X 2023, yang kini telah menerima kemaskini skim warna terbaharu.

Bagi model Suzuki SV650 2023, tiga skim pilihan warna terbaharunya yang sporty ialah Reflective Blue Metallic, Glass Sparkle Black/Solid Iron Gray dan Glass Sparkle Black.

Suzuki SV650X 2023 pula tampil dengan hanya satu pilihan warna Matte Sword Silver Metallic. Kedua-duanya akan berada di pasaran Jepun mulai 03hb. Februari 2023.

Harga jualan yang ditetapkan untuk SV650 adalah sebanyak 803,000 Yen, bersamaan nilai RM 26,815.59, dan 847,000 Yen untuk SV650X, bersamaan nilai RM 28,284.93.

Beralih ke bahagian sistem penjana kuasa, kedua-dua model itu dilengkapi enjin 645cc (4-stroke, liquid-cooled, DOHC V-Twin) dengan padanan transmisi enam kelajuan.

Enjin tersebut kemudiannya menghasilkan kuasa maksimum 72PS @ 8,500rpm dengan tork puncak 63Nm @ 6,800rpm. Kapasiti tangki bahan api kedua-duanya ialah 14 liter.

Di pasaran Malaysia, hanya Suzuki SV650 sahaja yang ditawarkan, dengan harga asas RM 37,289.00. Untuk model cafe racer SV650X, setakat ini tiada sebarang maklumat.

 
Arena Motosikal © 2023