Kawasaki Ninja ZX-4R dijangka tiba pada 1 Februari 2023

Kawasaki baru-baru ini dengan rasminya telah mengumumkan pelancaran empat buah model terbaharu pada tarikh 01hb. Februari 2023, khusus untuk pasaran USA.

Dua daripadanya ialah jet ski, dan dua lagi ialah model motosikal terbaharu yang masih lagi menjadi misteri. Adakah ianya pelancaran Kawasaki Ninja ZX-4R 2023 terbaharu?

Untuk makluman, Kawasaki sebelum ini dikatakan telah membangunkan model baharu Kawasaki Ninja ZX-4R untuk pasaran global, termasuklah juga untuk pasaran USA.

Jika benar ianya adalah Kawasaki Ninja ZX-4R, dua model yang masih berbungkus itu mungkin merupakan dua varian yang berbeza, yang mungkin termasuk varian RR.

Untuk maklumat yang lebih tepat, sama-samalah kita tunggu pelancaran model tersebut tidak lama lagi. Sangat menarik kalau ianya juga akan dilancarkan di pasaran Malaysia.

Sumber gambar : autoby.jp