Boon Siew Honda baru-baru ini dengan rasminya melancarkan model kapcai terbaharu Honda Wave Alpha 2023, sebagai pengganti kepada model Honda Wave Alpha 2020.
Melihat kepada reka bentuknya, ternyata Honda Wave Alpha 2023 telah tampil sebagai sebuah model facelift terbaharu, di samping menawarkan beberapa ciri-ciri terkini.
Antaranya ialah enjin model kapcai tersebut kini telah dilengkapi sistem suntikan bahan api PGM-FI, yang membolehkannya mencapai tahap piawaian emisi bertaraf Euro 4.
Di samping itu, model tersebut diperkenalkan dengan panel meter dan lampu belakang dengan rekaan baharu, ruang utiliti seluas 7.3 liter, dan tangki petrol seluas 4.1 liter.
Honda Wave Alpha 2023 masih mengekalkan enjin yang bersesaran 110cc (air-cooled, SOHC, 2-valve), yang kemudiannya dipadankan dengan transmisi empat kelajuan.
Enjin yang cekap, ekonomi dan mesra alam itu mampu menghasilkan kuasa maksimum pada paras 8.7hp @ 7,500rpm, dengan keluaran tork maksimum 8.7Nm @ 5,500rpm.
Spesifikasi standard lain pada Honda Wave Alpha 2023 yang sporty ini ialah fork depan teleskopik, penyerap hentak belakang berkembar, dan sistem brek depan jenis cakera.
Di bahagian roda, hanya versi rim aloi sahaja yang ditawarkan kali ini, tanpa pilihan rim jenis berjejari. Saiz tayar tanpa tiub yang digunakan ialah 70/90-R17 dan 80/90-R17.
Model tersebut didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan juga Clipper Yellow, dengan harga jualan asasnya sebanyak RM 5,179.00.
Tempoh jaminan adalah selama 2 tahun atau 20,000 km perjalanan. Honda Wave Alpha 2023 ini pastinya sesuai untuk anda, atau mungkin model Honda Dash 125 2022 ini.