PT. MForce Indonesia ialah anak syarikat kepada MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. dari Malaysia, dan menjadi pengedar untuk jenama SYM, SM Sport, WMoto dan CFMOTO.
Untuk pasaran Indonesia, CFMOTO baru-baru ini telah melancarkan model sport bike CFMOTO 250SR, dengan harga jualan Rp. 63,500,000, bersamaan nilai RM 17,935.69.
Berdasarkan paparan di dalam laman sesawang rasmi MForce Indonesia, model sporty dan agresif itu hanya ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Nebula Black.
CFMOTO 250SR dikuasakan enjin 249cc (Single Cylinder, Liquid Cooled, DOHC, 4 Valves) dengan padanan transmisi enam kelajuan dan sistem Assist & Slipper Clutch.
Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 27.5hp @ 10,000rpm dengan tork maksimum 22Nm @ 7,500rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, ianya dilengkapi tangki petrol 18 liter.
Spesifikasi lainnya ialah fork depan terbalik, sistem brek cakera dengan ABS, saiz tayar 110/70-17 dan 140/60-17, tinggi tempat duduk 780 mm, dan berat 165 kg (curb weight).
Seterusnya, CFMOTO 250SR turut dilengkapi sistem lampu LED sepenuhnya, dan juga paparan panel meter digital TFT berwarna dengan dua mod tunggangan Sport dan Eco.
Di pasaran Malaysia, model sport bike tersebut turut ditawarkan dengan harga jualan asas yang boleh dikatakan berpatutan dan mampu milik, iaitu sebanyak RM 16,800.00.