Model skuter Yamaha CYGNUS GRYPHUS Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2023 dengan rasminya diperkenalkan di pasaran Jepun. Namun jualan rasmi model tersebut hanya akan bermula pada tarikh 30hb. Januari 2023 akan datang, dengan tanda harga 368,500 Yen (RM 12,427.66).
Dengan pengenalan Yamaha CYGNUS GRYPHUS Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2023, ianya merupakan pilihan warna terbaharu kepada modelĀ Yamaha CYGNUS GRYPHUS 2022, yang sebelum ini diperkenalkan dengan tiga warna standard dan skim warna WGP 60th Anniversary.
Yamaha CYGNUS GRYPHUS Monster Energy Yamaha MotoGP Edition diasaskan daripada model standard, dengan bahagian luarannya menggunakan skim warna Yamaha Racing Blue. Jalur grafik Monster Energy Yamaha yang digunakan mengingatkannya kepada jentera MotoGP YZR-M1.
Menyerlahkan lagi penampilan model itu ialah emblem logo Yamaha dan kaliper brek dalam warna emas. Imbas kembali sistem penjana kuasanya, iaitu enjin Blue Core bersesaran 124cc VVA (liquid cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve) dengan kuasa 12PS @ 8,000rpm dan tork 11Nm @ 6,000rpm.