Model skuter Yamaha Ego Avantiz 2023 rasmi diperkenalkan oleh Hong Leong Yamaha Motor pada kelmarin, kini dengan tiga pilihan warna terbaharu iaitu Cyan, Kelabu dan Merah. Ianya ditawarkan dengan harga asas sebanyak RM 5,998.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Selain daripada pilihan warna terbaharu, Yamaha Ego Avantiz 2023 masih mengekalkan spesifikasi terdahulu, seperti mana model Yamaha Ego Avantiz 2021. Bagaimanapun apa yang menariknya ialah, enjin 124cc pada model skuter tersebut kini dikatakan telah mematuhi piawaian emisi Euro 4.
Ini menjadikan enjin dengan kuasa 9.4hp @ 8,000rpm dan tork 9.6Nm @ 5,500rpm itu lebih bersih dan mesra alam sekitar. Antara ciri-ciri menarik lain pada Yamaha Ego Avantiz 2023 ini termasuklah tangki petrol 4.2 liter, brek cakera depan, panel meter dengan penunjuk Eco dan lampu depan LED.
Sumber gambar : careta.my