Web Analytics
Kove NK321RR-S 2023 tampil sporty, kelajuan maksimum 170 km/j – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Kove NK321RR-S 2023 tampil sporty, kelajuan maksimum 170 km/j

Antara berita menarik mengenai model sport bike Kove NK321RR ialah model tersebut diumumkan bakal bersaing dalam kelas WSSP300 di acara perlumbaan WorldSBK mulai tahun depan. Setakat ini jentera perlumbaan yang akan digunakan itu sedang menjalani proses homologasi oleh FIM bagi melayakkan penyertaannya. Untuk makluman, Kove NK321RR merupakan produk buatan China.

Terbaru, Kove melalui laman sesawang mereka telah memaparkan model terkini Kove NK321RR-S 2023, yang dikatakan versi perlumbaan untuk model NK321RR. Antara kelebihannya ialah enjinnya diasaskan daripada enjin perlumbaan ‘321RR Factory Racing Engine’, tayar buatan ‘thermoplastic’ sepenuhnya dengan ‘SR10 track technology design’, dan ianya juga dilengkapi sistem quick shifter.

Kove NK321RR-S dikuasakan enjin 322cc (liquid cooled, dual cylinders, DOHC,) dengan transmisi enam kelajuan. Enjin itu menjana kuasa maksimum 40.9hp @ 11,000rpm dengan tork maksimum 29Nm @ 9,000rpm. Model tersebut seterusnya dilengkapi tangki bahan api 13 liter, dan mempunyai berat hanya 146 kg (net weight). Kelajuan maksimum model tersebut mencapai paras 170 km/j.

Sistem brek Kove NK321RR-S terdiri daripada brek cakera depan 320 mm dan belakang 240 mm, lengkap dengan ABS Dual Channel. Tayar depannya tampil dalam saiz 110/70R17, manakala tayar belakangnya bersaiz 150/60R17. Di bahagian suspensi, ianya dilengkapi fork depan upside-down dengan suspensi belakang monoshock, bersama-sama lengan ayun jenis sebelah yang sporty.

Selain itu menurut sumber yang masih belum dapat disahkan, Kove bakal melebarkan sayapnya ke pasaran Malaysia pada masa akan datang. Namun belum dapat dipastikan syarikat manakah yang akan mengambil tugas sebagai pengedar rasmi, dan juga belum diketahui model yang manakah akan dilancarkan kelak. Adakah ianya termasuk model Kove 400RR 2023 dengan enjin 4-silinder?

 
Arena Motosikal © 2023