Selepas pasaran Eropah menerima model scrambler terbaharu Honda CL500 2023, pasaran China pula kini menerima model yang sama dengan enjin lebih kecil iaitu Honda CL300 2023. Setakat ini berdasarkan pemerhatian, spesifikasi di antara kedua-dua model adalah sama, kecuali bagi model CL300, jarak kelegaan tanahnya lebih tinggi iaitu 165 mm berbanding 155 mm pada model CL500.
Honda CL300 2023 dilengkapi enjin bersesaran 286cc, dengan keluaran kuasa maksimumnya ialah 25.74hp. Pilihan warna yang ditawarkan ialah tiga kesemuanya iaitu hitam, kelabu dan putih. Untuk anda yang bertanyakan mengenai model Honda CL250, prototaip model tersebut sebelum ini telah pun diuji di pasaran Jepun, dan ianya dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2023.