Aveta VS110 2022 di pasaran Malaysia, harga jualan RM 3,588.00

Untuk pasaran Malaysia pada ketika ini, Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. menawarkan enam buah model kapcai dan moped yang menarik. Model-model itu adalah seperti Aveta DY90Aveta RX110, Aveta Ranger 110Aveta V13RAveta VS110 DB, dan Aveta VS110. Bagi model Aveta VS110 ini yang dilancarkan pada awal tahun 2021, harga jualannya ditetapkan sebanyak RM 3,588.00.

Aveta VS110 kini telah masuk ke model tahun 2022, dan masih mengekalkan empat pilihan warna yang ditawarkan sebelum ini. Enjinnya mempunyai sesaran 107cc (4-stroke, air-cooled, carburetor) dengan padanan kotak gear empat kelajuan, yang menjana kuasa maksimum 5.72hp @ 7,000rpm dengan tork maksimum 6.8Nm @ 6,000rpm. Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 4.0 liter.

Spesifikasi lain yang melengkapi Aveta VS110 ini sederhana sahaja. Seperti fork depan teleskopik, suspensi belakang berkembar, brek cakera dram depan dan belakang, panel meter analog, ukuran tayar depan dan belakang masing-masing 70/90-17 dan 80/90-17, dan beratnya 83 kg (net weight). Untuk anda yang mencari motosikal bajet, Aveta VS110 ini merupakan salah satu pilihan terbaik.