Moto Morini Seiemmezzo bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2023

Di pasaran Eropah, antara model baharu yang ditawarkan oleh Moto Morini ialah Seiemmezzo STR dan Seiemmezzo SCR. Kedua-dua model tersebut berada di dalam segmen naked dan scrambler, serta berkongsi enjin 649cc (liquid cooled, two in-line cylinders, DOHC 8 valves, BOSCH EFI) yang sama. Kuasa yang dihasilkannya mencapai 60hp @ 8,250rpm dengan tork 54Nm @ 7,000rpm.

Enjin bertaraf Euro 5 itu kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, dan dikatakan mampu memecut sehingga 170 km/j. Spesifikasi standard lain yang melengkapi Seiemmezzo STR dan Seiemmezzo SCR adalah seperti tangki bahan api 16 liter, fork depan upside-down Kayaba 43 mm dan suspensi belakang Kayaba boleh laras, dan sistem brek cakera Brembo dengan ABS.

Kedua-dua model tersebut seterusnya berdiri di atas tayar depan dan belakang dalam ukuran yang sama iaitu 120/70-18 dan 160/60-17. Melengkapkan lagi ciri-ciri menarik pada STR dan SCR ialah sistem lampu LED sepenuhnya, panel meter TFT 5.0 inci dengan ciri sambungan Bluetooth, butang kawalan handlebar dengan backlit (lampu belakang bercahaya), dan berat kering hanya 200 kg.

Untuk pasaran Malaysia, berita baiknya ialah MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. bakal melancarkan Moto Morini Seiemmezzo pada tahun 2023 akan datang. Namun setakat ini menurut sumber, varian mana yang akan dilancarkan masih belum diketahui, atau mungkin juga kedua-duanya akan turut dilancarkan bersama-sama. Jadi sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya nanti.

Galeri : Moto Morini Seiemmezzo STR

Galeri : Moto Morini Seiemmezzo SCR