Honda Click125 2023 dilancarkan di pasaran Filipina

Pasaran Filipina baru-baru ini telah menerima pelancaran model skuter Honda Click125 2023, yang tampil dengan versi facelift terbaharu seperti Honda Vario 125 2023 di pasaran Indonesia. Model itu mempunyai lima pilihan warna seperti Obsidian Black Metallic, Pearl Crimson Red, Pearl Sylvestris Gray, Stellar Blue Metallic dan juga Pearl Arctic White, dengan harga PHP 80,900 (RM 6,461.23).

Merujuk kepada maklumat dari paparan brosur seperti di bawah, Honda Click125 2023 dikuasakan enjin bersesaran 125cc (4-stroke, 2-valve, SOHC, liquid-cooled, eSP) dengan kelengkapan PGM-FI dan AGC Starter. Enjin yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik V-Matic itu seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 11hp @ 8,500rpm, dengan tork maksimum 10.8Nm @ 5,500rpm.

Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi Honda Click125 2023 ini termasuklah ‘secure key shutter’ dengan pembuka tempat duduk, sistem lampu LED sepenuhnya, paparan panel digital LCD, soket pengecas USB baharu, sistem brek cakera dan brek dram dengan CBS, ruang barangan di bawah tempat duduk, dan tayar tanpa tiub yang lebar bersaiz 90/80-14 (depan) dan 100/80-14 (belakang).

Artikel berkaitan :

  • Honda Vario 125 2022 dilancarkan di pasaran Indonesia, harga jualan bermula dari RM 6,778.51