Aveta V13R 2022 – spesifikasi teknikal dari brosur

Model moped Aveta V13R dilancarkan di pasaran Malaysia sejak setahun yang lalu. Model tersebut mempunyai tanda harga asas sebanyak RM 6,688.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan), dan didatangkan dengan empat pilihan warna menarik seperti Kelabu, Merah, Biru dan Hitam. Spesifikasi teknikalnya pula berdasarkan maklumat rasmi dari brosur adalah memuaskan.

Antaranya termasuklah enjin yang berkapasiti 130cc (four stroke, single cylinder, air cooled) dengan kelengkapan sistem penyampaian bahan api jenis karburetor, seterusnya dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan. Jumlah kuasa maksimum yang ditawarkan oleh enjin tersebut mencapai 10hp @ 8,000rpm, dengan tork maksimum 10.5Nm @ 5,500rpm. Kapasiti tangki bahan apinya 4.5 liter.

Untuk tahap ekonomi yang lebih baik dan mesra alam sekitar, enjin empat lejang yang melengkapi Aveta V13R 2022 dikatakan telah mematuhi piawaian emisi Euro 4. Ciri-ciri menarik yang lain pada model moped sporty itu adalah seperti lampu depan LED dengan gabungan lampu nyala siang atau DRL (Daytime Running Light), dan turut disediakan pengecas USB untuk mengecas telefon bimbit.

Melengkapkan lagi spesifikasinya ialah panel meter dengan reka bentuk terkini, sistem brek cakera depan dengan kaliper dua piston, brek belakang jenis dram, rim aloi yang bergaya sporty, dan juga sistem ekzos baharu dengan penampilan terkini. Selanjutnya Aveta V13R 2022 ditawarkan tempoh jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perjalanan, berdasarkan yang mana tiba lebih awal.