Web Analytics
Kawasaki Z400 2023 di pasaran Australia tampil dengan warna hijau menawan – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Kawasaki Z400 2023 di pasaran Australia tampil dengan warna hijau menawan

Model naked Kawasaki Z400 2023 kini ditawarkan di pasaran Australia, dengan tiga pilihan warna menarik. Namun salah satu pilihan warnanya iaitu hijau seperti mana gambar di atas, ternyata tampil lebih menawan dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Jika Z400 2023 ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia nanti, diharapkan warna hijau seperti itu juga akan ditawarkan.

Melihat aspek spesifikasinya, Kawasaki Z400 2023 ini dilengkapi enjin bersesaran 399cc (4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves, Liquid-cooled) dengan transmisi enam kelajuan dan sistem Assist & Slipper Clutch. Kuasa maksimum daripada enjin itu mencapai paras 48PS @ 10,000rpm, dengan tork maksimum 37Nm @ 8,000rpm. Kapasiti tangki petrol model seberat 167 kg itu ialah 14 liter.

Senarai spesifikasi yang lain termasuklah fork depan teleskopik 41 mm, suspensi belakang tunggal (Bottom-link Uni Trak, gas-charged shock with adjustable spring preload), sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS, tayar depan dan belakang masing-masing dalam siri 110/70-R17 dan 150/60-R17, lampu depan dan belakang LED, panel meter LCD, dan tinggi tempat duduk 785 mm.

 
Arena Motosikal © 2023