Yamaha XSR125 2023 terima kemaskini warna baharu

Untuk pasaran Eropah, Yamaha XSR125 2023 telah menerima kemaskini dua pilihan warna baharu iaitu Heritage White dan Yamaha Blue. Impact Yellow pula merupakan warna daripada musim 2022 yang masih lagi ditawarkan. Model Sport Heritage itu kekal dengan spesifikasi terdahulu, antaranya enjin 125cc (liquid-cooled, SOHC, single cylinder, VVA, Euro 5) dengan transmisi enam kelajuan.

Prestasi maksimumnya 14.75hp @ 10,000rpm dengan tork 11.5Nm @ 8,000rpm. Yamaha XSR125 2023 kemudiannya dilengkapi tangki petrol 11 liter, fork depan USD 37 mm, brek cakera depan dan belakang, panel meter digital LCD, dan lampu depan dan belakang LED. Tayar depan dan belakang bersaiz 110/70-17 dan 140/70-17, dengan tinggi tempat duduk 815 mm. Berat penuh hanya 140 kg.