Suzuki V-Strom 250 SX 2022 kini di pasaran Australia

Salah sebuah model motosikal adventure yang dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia ialah Suzuki V-Strom 250 SX. Namun setakat ini tarikh pelancaran rasminya belum diketahui, mungkin pada tahun depan. Sementara itu di pasaran India, Filipina dan juga Australia, model tersebut telah pun dilancarkan, dan selepas ini ianya akan dilancarkan pula di pasaran Thailand dan Indonesia.

Suzuki V-Strom 250 SX dilengkapi enjin 249cc (4-stroke, single-cylinder, oil-cooled, SOHC, 4-valve, fuel injection) dengan sistem transmisi enam kelajuan. Prestasi maksimumnya mencapai 26.5PS @ 9300rpm dengan tork 22.2Nm@7300rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 12 liter. Spesifikasinya yang lain termasuklah lampu depan dan belakang LED, pengecas USB, dan berat hanya 167 kg.

Untuk pasaran Australia, Suzuki V-Strom 250 SX 2022 boleh dimiliki dengan harga $6,490.00, yang bersamaan RM 19,351.53. Dua pilihan warnanya ialah Champion Yellow dan Pearl Blaze Orange.