Rieju Aventura 500 Legend 2023 diperkenalkan dengan enjin 500cc dan tangki bahan api 39 liter

Rieju merupakan syarikat pengeluar motosikal yang berasal dari Sepanyol. Syarikat tersebut baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model adventure terbaharu dengan enjin 500cc, yang diberi nama Rieju Aventura 500 Legend 2023. Menariknya, model itu mempunyai dua tangki bahan api di bahagian depan dan belakangnya, dengan kapasiti penuh kedua-duanya mencecah 39 liter.

Menurut sumber, jarak perjalanan Rieju Aventura 500 Legend 2023 ini dikatakan mampu mencapai sehingga 1,000 km (lebih 600 batu). Setakat ini antara maklumat awal yang didedahkan oleh Rieju mengenai model tersebut ialah ianya dilengkapi tayar depan 21 inci dan belakang 18 inci, bersama-sama rim jenis berjejari. Ianya dikhabarkan akan berada di pasaran Eropah mulai tahun depan.