Web Analytics
Honda SH350i 2023 tampil dengan warna baharu di pasaran Eropah – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Honda SH350i 2023 tampil dengan warna baharu di pasaran Eropah

Di pasaran Eropah, Honda bukan saja menawarkan model skuter Honda SH125i 2023 dan Honda SH150i 2023, malah turut menawarkan model Honda SH350i 2023. Model skuter maxi tersebut kini tampil dengan tiga pilihan warna terbaharu iaitu Crescent Blue Metallic, Matt Lucent Silver Metallic dan Matt Coal Black Metallic, di samping tiga warna terdahulu Matt Ruthenium Silver Metallic, Pearl Cool White dan Black. Spesifikasi teknikal pula setakat ini masih kekal sama dan tiada perubahan.

Honda SH350i 2023 dilengkapi enjin 330cc (liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, single, four-valve) yang dipadankan dengan transmisi automatik V-Matic. Kuasa maksimumnya ialah 29.36PS @ 7,500rpm, dengan tork 32Nm @ 5,250rpm. Spesifikasi menariknya seperti sistem lampu LED, panel instrumen digital, Smart Key, pengecas USB jenis Type-C, HSTC, sistem brek cakera dengan ABS dua hala, sistem lampu Emergency Stop Signal, dan tangki bahan api dengan kapasiti maksimum 9.1 liter.

 
Arena Motosikal © 2023