Pada beberapa hari yang lepas, Yamaha YZF-R3 2022 dengan rasminya diperkenalkan di pasaran Thailand. Model berkenaan kini tampil dengan dua pilihan warna terbaharu iaitu Deep Purplish Blue Metallic dan Black Metallic, dengan harga THB 207,000.00 (RM 25,997.91). Pada bahagian teknikal pula menyaksikan Yamaha YZF-R3 2022 kini dilengkapi dengan sistem lampu LED sepenuhnya.
Masih mengekalkan enjin 321cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC inline twin-cylinder, 8-valve), kuasa maksimum yang dihasilkannya mencapai 42PS @ 10,750rpm dengan tork 29Nm @ 9,000rpm. Ciri-ciri menarik lain pada YZF-R3 termasuklah fork depan terbalik, sistem brek ABS, panel meter digital LCD, tayar depan dan belakang 110/70-17 dan 140/70-17, dan tangki bahan api berkapasiti 14 liter.