Selain daripada versi adventure jalanan Benelli TRK 702 2023, Benelli turut memperkenalkan versi adventure off-road iaitu Benelli TRK 702 X 2023. Perbezaan yang ditawarkan oleh TRK 702 X ialah ianya dilengkapi rim berjejari dengan saiz 110/80-19 (depan) dan 150/70-17 (belakang), dan bunga tayar yang tebal. Pilihan warna pula ialah Forest Green, Anthracite Grey, Dune Sea dan Moon Grey.
Benelli TRK 702 X 2023 turut dilengkapi enjin 698cc dua silinder, dengan kuasa maksimum 76.2hp @ 8,750rpm dan tork setinggi 68.2Nm @ 6,250rpm. Menariknya, kedua-dua model itu mempunyai aksesori pilihan berupa handgrips dan tempat duduk dengan pemanas, dan kamera depan dengan keupayaan rakaman video dan foto. Menurut Benelli, ianya akan tiba di pasaran mulai tahun depan.