Benelli baru-baru ini memperkenalkan model adventure terbaharu Benelli TRK 702 2023, dan ianya akan berada di pasaran secara rasmi mulai tahun depan. Model tersebut tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl White, Anthracite Grey dan Forest Green. Enjinnya berkapasiti 698cc dua silinder, dengan kuasa maksimum 76.2hp @ 8,750rpm dan tork maksimum 68.2Nm @ 6,250rpm.
Enjin tersebut dipadankan transmisi enam kelajuan, manakala kapasiti tangki bahan apinya 20 liter. Benelli TRK 702 seterusnya dilengkapi fork depan jenis terbalik dan suspensi belakang monoshock. Brek cakera depan 320 mm merupakan jenis berkembar, dan cakera belakangnya bersaiz 260 mm. Model seberat 235 kg itu menggunakan tayar depan 120/70-R17 dan tayar belakang 160/60-R17.