WMoto Malaysia bakal melancarkan model baharu pada bulan Disember 2022, adakah ianya WMoto Xtreme 250 2023?

WMoto Malaysia (MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.) melalui laman Facebook MForce TV, sebentar tadi telah menyiarkan paparan imej teaser mengenai pelancaran sebuah model motosikal terbaharu untuk pasaran Malaysia. Berdasarkan imej teaser itu ianya memaparkan watak pahlawan Mat Kilau dengan kenyataan Akan Datang Disember 2022. Namun model apakah yang akan dilancarkan itu?

Setakat ini peminat model skuter di pasaran tempatan sedang sabar menantikan pelancaran model WMoto Xtreme 250, yang sebelum ini telah muncul dalam majlis prapelancaran dalam bulan Ogos 2022 yang lepas. Adakah model skuter adventure itu yang akan dilancarkan nanti? Jika benar ianya adalah WMoto Xtreme 250, maka berakhirlah penantian panjang untuk model yang dinantikan itu.

Untuk makluman anda, WMoto Xtreme 250 merupakan sebuah model skuter yang berasal daripada model Longjia XDV 250Si 2022, yang telah dilancarkan di pasaran China sebelum ini. Reka bentuk model skuter dalam segmen adventure sangat menarik dan sporty, seperti mana paparan di dalam galeri di bawah. Untuk yang berminat, pastinya anda boleh membuat awal tempahan dari sekarang.