Honda Winner X 2023 versi Sports Version terbaharu diperkenalkan di pasaran Vietnam, harga RM 9,577.18

Honda Vietnam pada kelmarin telah memperkenalkan Honda Winner X 2023 dalam versi terbaharu Sports Version, yang kini tampil dengan skim warna yang lebih menarik. Berbanding Honda Winner X 2022, versi Sports Version terbaharu kini memaparkan grafik X pada fairing sisi dalam warna biru muda, tiada lagi grafik 150, cover depan berwarna putih, dan kepala berwarna hitam sepenuhnya.

Honda Winner X 2023 versi Sports Version terbaharu ini ditawarkan dengan harga VND 50,560,000 iaitu bersamaan RM 9,577.18 (kadar semasa). Selain daripada perubahan warna, aspek spesifikasi teknikal masih kekal sama dan tiada sebarang perubahan terkini. Antaranya enjin 149.1cc (PGM-FI, 4-stroke, DOHC, single cylinder, liquid-cooled) yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 15.4hp (11.5 kW) @ 9,000rpm, dengan tork setinggi 13.5Nm @ 6,500rpm. Ciri-ciri menarik yang melengkapinya termasuklah sistem Honda Smart Key, soket pengecas USB untuk kemudahan mengecas telefon bimbit dan gajet, rantai jenis O-ring (seal chain) yang lebih berdaya tahan, dan juga sistem brek cakera dengan sistem ABS single-channel.

Di pasaran Malaysia ketika ini, Honda RS-X versi paling terkini ialah Honda RS-X Repsol Edition 2022, yang dikeluarkan dalam jumlah terhad 5,000 unit sahaja. Namun apa yang diharapkan oleh peminat model tersebut di pasaran tempatan ketika ini ialah Honda RS-X akan tampil dengan versi facelift terbaharu, sama seperti Honda Winner X 2022 di pasaran Vietnam yang tampil lebih sporty.

Artikel berkaitan :