Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2023 terima naik taraf terkini untuk pasaran Eropah

Selain daripada model standard Yamaha Ténéré 700 2023, pasaran Eropah turut menerima model Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2023, dengan beberapa naik taraf terkini yang sama. Sebelum itu pilihan warnanya kekal dengan Heritage White, di samping ciri-ciri eksklusif yang ditawarkan seperti mana model tahun sebelumnya. Maklumat selanjutnya boleh didapati melalui artikel di pautan ini.

Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2023 kini dilengkapi skrin TFT 5.0 inci baharu dengan dua pilihan tema paparan “Explorer” dan “Street”, sistem sambungan canggih ke telefon pintar menggunakan aplikasi MyRide, tiga mod ABS sama Full ON, Front wheel ON rear wheel OFF, atau Full OFF, telah tersedia ‘pre-wired’ untuk pemasangan Quick Shifter, dan soket USB kini menggantikan soket 12V.

Lampu signal LED kini tampil dengan rekaan baharu, manakala tuil brek hadapannya telah direka bentuk semula untuk menahan kerosakan yang tidak disengajakan, jika jentera adventure tersebut terjatuh. Di bahagian enjin yang bersesaran 689cc, jumlah kuasa maksimumnya mencapai 73.4PS @ 8,750rpm dengan tork setinggi 67Nm @ 6,500rpm. Sistem transmisinya ialah enam kelajuan.

Yamaha Ténéré 700 Rally Edition ini menggunakan casis ‘double cradle, steel tube backbone’, fork depan upside-down dengan travel 210 mm, suspensi belakang mono dengan travel 200 mm, brek cakera depan berkembar 282 mm, tinggi tempat duduk 875 mm, jarak kelegaan bumi minimum 240 mm, kapasiti penuh tangki bahan api 16 liter, dan berat keseluruhan hanya 204 kg (wet weight).