Kawasaki Z900RS 2023 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM 63,800.00

Kawasaki Malaysia kini menawarkan model retro moden terbaharu Kawasaki Z900RS 2023 untuk pasaran Malaysia, mulai bulan November 2022 ini. Harga jualan asas yang ditetapkan untuk model tersebut adalah sebanyak RM 63,800.00, tidak termasuk kos insuran, pendaftaran dan cukai jalan. Untuk makluman, pengedar Kawasaki Malaysia ketika ini ialah Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS).

Selain tampil dengan gaya retro moden yang menawan, Kawasaki Z900RS ini turut dilengkapi enjin 948cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) berprestasi tinggi, dengan padanan sistem transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Enjin tersebut menghamburkan kuasa maksimum pada paras 109PS @ 8,500rpm, dengan tork maksimum setinggi 95Nm @ 6,500rpm.

Spesifikasi menarik lain pada Z900RS termasuklah fork depan terbalik 41 mm, suspensi belakang Horizontal Back-Link, brek cakera depan berkembar 300 mm dan cakera belakang 250 mm dengan ABS, KTRC (Kawasaki Traction Control), tayar depan dan belakang masing-masing dalam ukuran 120/70-R17 dan 180/55-R17, tinggi tempat duduk 800 mm, dan kapasiti tangki bahan api 17 liter.

Artikel berkaitan :