Ducati DesertX 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 80,208.78

Ducati Thailand kelmarin rasmi mengumumkan pelancaran model adventure Ducati DesertX 2022, dengan harga jualan THB 639,000, bersamaan RM 80,208.78. Model berkenaan dikuasakan enjin 937cc (Ducati Testastretta 11°, L-Twin cylinders, Desmodromic valvetrain, 4 valves per cylinder, liquid cooled) dan dipadankan transmisi 6-kelajuan dengan Ducati Quick Shift (DQS) up/down.

Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 110hp @ 9,250rpm dengan tork maksimum 92Nm @ 6,500rpm. Turut melengkapi ialah sistem suntikan bahan api Bosch dan throttle bodies 53 mm dengan sistem ride-by-wire. Sistem suspensinya terdiri daripada fork depan upside-down 46 mm KYB yang boleh dilaraskan sepenuhnya, bersama-sama suspensi belakang monoshock KYB boleh laras sepenuhnya (remote preload adjustment, aluminium double-sided swingarm).

Sistem brek depan tampil dengan cakera berkembar 320 mm (radial mount Brembo monobloc 4-pistons calipers), manakala brek cakera belakang memiliki saiz 265 mm (Brembo floating 2 pistons caliper). Ducati DesertX seterusnya dilengkapi panel instrumen TFT 5.0 inci berwarna, ketinggian tempat duduk 875 mm, saiz roda depan 21 inci dan belakang 18 inci dengan balutan tayar Pirelli Scorpion Rally STR, jarak kelegaan bumi 250 mm, dan kapasiti penuh tangki bahan api 21 liter.

Melengkapkan spesifikasi pada model kembara itu ialah sistem lampu LED sepenuhnya dengan DRL, soket pengecas USB, soket 12V, Cornering ABS, Ducati Traction Control, 6 Riding Modes, Power Modes, Ducati Wheelie Control (DWC), Engine Brake Control (EBC), Cruise Control, Steering Damper, lampu signal dengan ciri batal sendiri, dan berat hanya 223 kg (kerb weight).