Kawasaki Ninja ZX-10R 2023 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 112,600.00

Kawasaki Malaysia baru-baru ini rasmi melancarkan model berkuasa tinggi Kawasaki Ninja ZX-10R 2023, dengan harga asas RM 112,600.00. Model tersebut dilancarkan di Malaysia MotoGP 2022, bersama-sama tiga buah model terbaharu lain iaitu Kawasaki Z900 RS (RM 63,800.00), Kawasaki Ninja 1000 SX (RM 71,400.00), dan Kawasaki Versys 1000 SE (RM 81,900.00).

Kawasaki Ninja ZX-10R 2023 kini tampil dengan beberapa skim warna terbaharu di pasaran luar negara, termasuklah skim warna KRT Edition versi paling terkini. Dilengkapi enjin 998cc (liquid-cooled, 4-stroke, In-Line Four, DOHC, 16 valves) dengan transmisi enam kelajuan, prestasi maksimumnya mencapai 201hp @ 14,000rpm dengan tork maksimum 111.8Nm @ 11,700rpm.

Sebagai sebuah jentera bertaraf litar yang agresif, Kawasaki Ninja ZX-10R 2023 dilengkapi sistem suspensi berprestasi tinggi, di samping sistem brek depan daripada Brembo dengan cakera depan berkembar 330 mm dan ABS Dual Channel. Spesifikasi menarik lain termasuklah mod tunggangan Sport, Road, Rain dan Rider (manual), panel instrumen digital TFT, dan Electronic Cruise Control.

Dari segi penampilan, pasti ramai yang akan memandangnya di jalanan nanti. Kawasaki Ninja ZX-10R generasi terbaharu ini memiliki wajah baharu yang lebih garang, bersama-sama sepasang winglet yang diintegrasikan ke dalamnya. Wajah depan yang aerodinamik itu memiliki sepasang lampu LED yang kompak, sistem intake Ram Air terbaharu, dan juga windshield yang lebih tinggi.

Artikel berkaitan :