Honda CB250R 2022 di pasaran Jepun, terima naik taraf terkini dan pilihan warna baharu

Honda CB250R 2022 diperkenalkan di pasaran Jepun pada bulan Jun 2022 yang lepas, dengan naik taraf terkini berupa fork depan USD terbaharu Showa Separate Function Fork Big Piston (SFF-BP) 41 mm, sistem Assist & Slipper Clutch dan paparan panel meter digital LCD terbaharu dengan penunjuk gear. Pilihan warna baharu yang ditawarkan pula ialah hitam, biru dan merah.

Untuk pasaran Jepun, harga jualannya ialah 564,300 Yen, bersamaan nilai RM 18,162.87 (kadar semasa). Honda CB250R 2022 dikuasakan enjin 250cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC) dengan transmisi enam kelajuan. Jumlah kuasanya mencapai 27PS @ 9,500rpm dengan tork 23Nm @ 7,750rpm. Enjin itu telah mematuhi piawaian emisi terkini di pasaran Jepun, bersamaan Euro 5.

Artikel berkaitan :