Honda CB125R 2023 terima kemaskini warna baharu di pasaran Eropah

Honda Motor Europe hari ini memperkenalkan model Neo Sports Café Honda CB125R 2023 untuk pasaran Eropah. Model naked tersebut kini tampil dengan empat skim pilihan warna terbaharu iaitu Matt Crypton Silver Metallic, Matt Gunpowder Black Metallic, Candy Chromosphere Red dan Matt Jeans Blue Metallic. Spesifikasi teknikal pula kekal sama seperti mana model tahun 2021.

Honda CB125R 2023 dikuasakan enjin bersesaran 124.9cc (liquid-cooled 4-stroke 4-valve DOHC single cylinder), dipadankan transmisi enam kelajuan, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 14.75hp @ 10,000rpm dengan tork 11.6Nm @ 8,000rpm. Model seberat 130 kg (kerb weight) itu mempunyai tangki bahan api 10.1 liter, dengan tahap ekonomi sekitar 45.5 km/L (WMTC Mode).

Pelbagai ciri-ciri menarik melengkapi model berkenaan, antaranya seperti fork depan USD 41 mm SFF-BP, sistem brek cakera depan 296 mm (radial-mount Nissin 4-piston caliper) dengan brek cakera belakang 220 mm (single-piston caliper), ABS Dual Channel dengan IMU, skrin digital LCD, sistem lampu LED sepenuhnya, saiz tayar 110/70R17 dan 150/60R17, dan tinggi pelana 816 mm.