Nampaknya demam Yamaha RXZ berharga kayangan masih belum kebah. Terkini sebuah model Yamaha RXZ Catalyzer model tahun 2006 telah berjaya dijual dengan harga tunai sebanyak RM 63k. Harga jualan tersebut dikatakan termasuk “Pakej GTO Orimoto” yang pastinya menambahkan lagi nilainya di mata pembeli dan pencinta barangan berstatus ‘rare’.
Berdasarkan sumber info dari pemilik akaun Facebook Are’Ress Tricolore Sparepart, pembeli Yamaha RXZ Catalyzer itu yang dikatakan ‘buyer kenal bare’, terus membuat bayaran selepas melihat motosikal yang diidam-idamkan itu. Bagi peminat atau pencinta Yamaha RXZ bertaraf tegar, harga bertaraf puluhan ribu seperti itu bukanlah suatu masalah besar bagi mereka.
Sementara itu kira-kira hampir dua bulan yang lalu, telah heboh dunia permotoran di Malaysia apabila dikhabarkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bakal mengeluarkan kembali Yamaha RXZ versi mesra alam, dengan enjin berteknologi empat lejang. Namun berita tersebut didapati tidak benar dan telah disahkan sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi syarikat tersebut.
Untuk anda yang mahu membaca artikel atau melihat gambar-gambar menarik Yamaha RXZ dan juga model-model lain yang mempunyai DNA yang hampir sama, anda boleh layari artikel-artikel terdahulu seperti di bawah :
- Impian tidak kesampaian, bos besar HLYM nafi Yamaha RX-Z akan dikeluarkan kembali
- Yamaha RX-Z Catalyzer berjaya dijual dengan harga RM 30k, adakah ianya termurah di pasaran Malaysia?
- Yamaha RX-Z 135 model tahun 1986
- Galeri : Yamaha RZ-X 135 model tahun 1986, 1987 dan 1990
- Yamaha SRV-1 keluaran tahun 1999, dilengkapi enjin 150cc empat lejang
- Yamaha SR-Z model tahun 1993 dan 1994, reka bentuk sporty, dilengkapi enjin empat lejang
- Yamaha RZR 135 keluaran tahun 1990 dan 1991
- Pada Jun 2003, Yamaha RX-Z Catalyzer diperkenalkan untuk pasaran Malaysia