Suzuki V-Strom SX 250 bakal dilancarkan di pasaran Filipina pada tarikh 28hb. Oktober 2022

Laman Facebook rasmi Suzuki Motorcycles Philippines pada hari ini telah menyiarkan imej teaser mengenai pelancaran model adventure terbaharu untuk pasaran Filipina, yang bakal berlangsung pada tarikh 28hb. Oktober 2022 tidak lama lagi. Melalui imej teaser yang disiarkan itu, tertera dengan jelas perkataan “The Master Of Adventure” dan “Lightweight Versatile Crossover”.

Melihat kepada imej depan dan belakang model tersebut pula, dapat dijangkakan bahawa ianya merupakan model Suzuki V-Strom SX 250 2022, yang sebelum ini telah dilancarkan di pasaran India. Ianya dilengkapi enjin 249cc satu silinder dengan kuasa maksimum 26.5ps @ 9,300rpm dan tork maksimum 22.2Nm @ 7,300rpm. Sama-samalah kita tunggu pelancaran model itu nanti.