Suzuki Raider R150 2023 kini tampil dengan skim warna baharu di pasaran Vietnam

Suzuki Raider R150 2023 rasmi diperkenalkan di pasaran Vietnam sebentar tadi, kini tampil dengan skim warna terbaharu yang lebih sporty dan segar. Selain daripada tiga pilihan warna terbaharu itu, model moped tersebut kekal dengan spesifikasi terdahulu, sama seperti model tahun 2022. Enjinnya bersesaran 147.3cc DOHC, dengan kuasa maksimum 18.5hp @ 10,000rpm.

Nantikan update selanjutnya selepas model ini dipaparkan secara rasmi di dalam laman sesawang Suzuki Vietnam.