KTM 890 Duke GP 2022 diperkenalkan dengan penampilan lebih sporty

Selain daripada model KTM 890 Duke yang diperkenalkan pada tahun 2021 dan KTM 890 Duke R pada awal tahun 2022, KTM selepas itu turut memperkenalkan model KTM 890 Duke GP 2022.

Berbanding model standard KTM 890 Duke, versi GP kini tampil dengan livery yang diinspirasikan daripada jentera MotoGP KTM, di samping mempunyai tempat duduk tunggal dan rim roda berwarna oren, sama seperti KTM 890 Duke R.

Bagaimanapun aspek prestasi enjin, sistem suspensi, brek dan ciri-ciri lain adalah sama, seperti mana KTM 890 Duke. Ini bermakna ianya kekal dikuasakan enjin bersesaran 889cc (2-cylinder, 4-stroke, parallel twin) dengan kuasa maksimum 115hp @ 9,000rpm dan tork maksimum 92Nm @ 8,000rpm, dengan padanan transmisi enam kelajuan.

Turut melengkapi ialah tiga mod tunggangan standard Rain, Street dan Sport, slipper clutch, ride-by-wire, Cornering ABS, Supermoto ABS, traction control, anti-wheelie control, panel meter TFT berwarna, sistem lampu LED sepenuhnya, dan sistem suspensi WP Apex yang dinaik taraf.