Di pasaran negara jiran Indonesia, Kawasaki menawarkan sebuah model cafe racer yang cukup menarik, dengan kapasiti enjin 177cc (Air-cooled, 4-stroke, SOHC, 2 valves). Model tersebut ialah Kawasaki W175 Cafe 2023, tampil dengan dua pilihan warna Putih dan Abu-abu, dan ditawarkan dengan harga jualan sebanyak Rp. 35,600,000, bersamaan RM 10,848.06 (kadar semasa).
Kawasaki W175 Cafe mempunyai spesifikasi enjin sama seperti model Kawasaki W175 SE 2023, dengan gandingan transmisi lima kelajuan. Enjin yang masih dilengkapi sistem karburetor itu menghasilkan kuasa maksimum 13PS @ 7,500rpm dengan tork maksimum 13.2Nm @ 6,000rpm. Kapasiti tangki bahan apinya juga sama iaitu 14 liter, manakala beratnya 126 kg (curb weight).
Spesifikasi dan ciri-ciri lain juga sama, namun untuk model cafe racer ini, ianya dilengkapi visor lampu depan yang sporty dan tempat duduk dengan rekaan yang elegan bagi disesuaikan dengan karakternya, dengan ketinggian 785 mm. Skim warna dan grafik yang tersendiri menyerlahkan lagi penampilannya. Setakat ini dikhabarkan model ini tidak akan dilancarkan di pasaran Malaysia.