Web Analytics
Yamaha 135LC V7 2022 masih ditawarkan di pasaran Malaysia, unit terhad sehingga kehabisan stok – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Yamaha 135LC V7 2022 masih ditawarkan di pasaran Malaysia, unit terhad sehingga kehabisan stok

Selepas pelancaran Yamaha 135LC Fi 2022 pada bulan Mac yang lepas, maka dengan rasminya pengeluaran Yamaha 135LC V7 2022 telah dihentikan oleh pengeluarnya iaitu HLYM. Namun untuk anda yang mungkin masih berminat, model yang dikuasakan enjin 135cc dengan sistem karburetor itu sebenarnya masih ditawarkan di pasaran Malaysia.

Namun kesemua unit Yamaha 135LC V7 itu merupakan stok lama, dan jumlahnya pada ketika ini di seluruh Malaysia adalah sangat terhad. Jadi anda perlu membuat tempahan dan pembelian dengan segera sebelum ianya kehabisan stok. Berdasarkan sumber dari Mudah.my, harga jualannya masih berpatutan iaitu antara RM 7.8k ke RM 8.5k sahaja.

Yamaha 135LC V7 telah diperkenalkan di pasaran Malaysia pada Januari 2021, dengan empat pilihan warna yang menarik seperti Stealth Gold (Special Edition), Cyan Metallic, Fiery Red dan Yamaha Blue. Ianya merupakan versi terakhir Yamaha 135LC di pasaran Malaysia yang masih lagi mempunyai sistem penyampaian bahan api jenis karburetor.

Imbas kembali spesifikasi enjinnya, iaitu bersesaran 135cc (4-lejang, sejukan cecair, 4-injap, SOHC) yang menghasilkan kuasa maksimum 12.14PS (8.93kW) @ 8,500rpm dan tork maksimum 11.79Nm @ 5,500rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan sistem transmisi empat kelajuan jenis berputar (rotary type 4-speed) yang lancar.

 
Arena Motosikal © 2023