Kawasaki Ninja ZX-25RR 2023 rasmi dilancarkan di pasaran Indonesia, harga jualan bersamaan RM 39,413.06

Selain daripada model Kawasaki Ninja ZX-25R 2023, Kawasaki Motor Indonesia (KMI) turut melakukan kejutan dengan melancarkan sebuah model terbaharu Kawasaki Ninja ZX-25RR 2023. Apakah perbezaan yang ditawarkan untuk model RR tersebut jika ianya dibandingkan dengan model Ninja ZX-25R 2023 dalam versi Standard dan ABS SE?

Kawasaki Ninja ZX-25RR 2023 sebenarnya mempunyai persamaan dengan dua varian Ninja ZX-25R 2023, namun ianya merupakan varian teratas sekali dengan harga jualan Rp. 129,900,000, bersamaan RM 39,413.06 mengikut kadar semasa. Harga berkenaan boleh dikatakan telah meningkat tinggi, dan bayangkan harga untuk pasaran Malaysia.

Sama seperti varian Standard dan ABS SE, Ninja ZX-25RR turut didatangkan beberapa ciri baharu yang lebih menarik, iaitu paparan panel instrumen TFT dengan Circuit Mode, sistem sambungan ke telefon pintar dengan aplikasi RIDEOLOGI, rekaan sistem ekzos terbaharu yang kini lebih sporty dan lebih bersih, dan sistem lampu LED sepenuhnya.

Bagaimanapun Ninja ZX-25RR tampil eksklusif dengan sistem suspensi terbaharu yang lebih canggih untuk prestasi tunggangan yang lebih lincah dan agresif, seperti berikut :

  • Suspensi depan :¬†37 mm inverted fork (SFF-BP) with adjustable spring preload and top-out springs
  • Suspensi belakang :¬†Horizontal Back-link, BFRC lite gas-charged shock with piggyback reservoir, compression and rebound damping and spring preload adjustability, and top-out spring

Kedua-dua sistem suspensi terbaharu itu pastinya menawarkan corak tunggangan yang lebih lincah dan lebih agresif, khususnya untuk tunggangan di litar. Di samping itu model tersebut turut menawarkan skim warna eksklusif Lime Green (KRT Edition). Diharapkan model Ninja ZX-25RR ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun depan.