Honda X-ADV 2023 di pasaran Eropah baru-baru ini telah diperkenalkan dengan skim warna terbaharu Shasta White. Turut ditawarkan ialah tiga skim pilihan warna daripada musim 2022 iaitu Mat Ballistic Black Metallic, Mat Iridium Gray Metallic dan Pearl Deep Mud Gray. Spesifikasi teknikalnya pula masih kekal sama seperti model tahun 2022.
Honda X-ADV merupakan sebuah model skuter dalam segmen adventure, dikuasakan enjin 745cc (liquid-cooled, 4-stroke, 8-valve, SOHC, parallel 2-cylinder) dengan prestasi maksimum 58.6PS @ 6,750rpm dan tork maksimum 69Nm @ 4,750rpm. Dengan enjin Euro 5 yang cekap dan tangki bahan api 13.2 liter, model itu mampu menjelajah jauh.
Pelbagai spesifikasi menarik pada Honda X-ADV termasuklah Throttle By Wire, empat mod tunggangan lalai, tiga tahap Honda Selectable Torque Control, ruang barangan 22 liter di bawah tempat duduk termasuk pengecas USB, glovebox, lampu depan LED dan DRL, serta paparan 5.0 inci TFT dengan ciri Honda Smartphone Voice Control System.
Di pasaran Malaysia, Boon Siew Honda turut menawarkan Honda X-ADV 2022 dengan harga asas sebanyak RM 67,799.00. Pilihan warna yang tersedia untuk model skuter itu ialah Mat Ballistic Black Metallic, Pearl Deep Mud Gray dan Grand Prix Red. Setakat ini pilihan warna Shasta White seperti di pasaran Eropah belum diperkenalkan oleh BSH.