Honda CBR250RR 2023 akan dipertontonkan di Litar Motegi, Jepun, pada tarikh 23 – 25 September 2022

Pasaran Indonesia pada kelmarin secara rasminya menerima pelancaran model Honda CBR250RR 2023 versi facelift terbaharu. Belum berapa lama, kini model tersebut bakal membuat kemunculan rasmi di pasaran Jepun, bertempat di Litar Motegi, pada tarikh 23 – 25 September 2022, bersempena dengan pusingan perlumbaan MotoGP Jepun.

Menariknya, Honda telah menyiarkan sekeping imej teaser untuk model tersebut, tampil dengan salah satu skim warna yang bakal ditawarkan iaitu biru putih yang cukup sporty dan menawan. Selain daripada skim warna baharu, Honda CBR250RR 2023 di pasaran Jepun dijangka akan turut menerima peningkatan terkini seperti di pasaran Indonesia.