CFMOTO NK-C22 2022 diperkenalkan, bayangan model naked terbaharu yang lebih sporty dan canggih

Sewaktu berlangsungnya program CFMOTO 2022 Autumn Strategy Conference baru-baru ini, CFMOTO pada masa yang sama turut memperkenalkan sebuah model konsep terbaharu yang cukup menarik iaitu CFMOTO NK-C22. Ianya dipercayai bayangan awal untuk generasi terbaharu sama ada untuk model 400NK, 650NK atau mungkin 800NK.

Model konsep CFMOTO NK-C22 memperlihatkan beberapa perincian yang moden dan serba canggih, antaranya termasuklah binaan dan kemasan badan yang menggunakan carbon fibre, sistem ekzos berkembar daripada SC-Project yang bercirikan perlumbaan, single-side swingarm, dan pakej gaya rekaan CFMOTO yang tersendiri dan bermakna.

Setakat ini model pengeluaran sebenar CFMOTO NK-C22 ini dijangka akan tiba secara rasmi pada tahun depan. Menurut CFMOTO, tahun 2023 merupakan “tahun besar” bagi pelancaran produk-produk terbaharu keluaran mereka, dengan enam daripadanya ialah model-model dikuasakan enjin petrol dan empat daripadanya ialah motosikal elektrik.