Nampaknya selepas pasaran Indonesia, Honda ADV160 2022 kini telah pun masuk ke pasaran Vietnam. Namun jangan terkejut, kerana ketibaan model tersebut di negara itu bukanlah secara rasmi, sebaliknya diimport masuk oleh kedai motosikal di sana secara tidak rasmi. Ianya merupakan situasi yang tidak pernah berlaku di negara kita Malaysia.
Namun untuk melihat Honda ADV160 ini dilancarkan oleh Honda Motor Vietnam secara rasmi, ianya mungkin tidak akan berlaku. Ini kerana pasaran Vietnam sebelum ini turut tidak ditawarkan model Honda ADV150, sebaliknya menerima model lain seperti Honda Air Blade 150 (kini Honda Air Blade 160) dan Honda SH150i yang menarik dan sporty.
Pada masa yang sama, Honda ADV160 2022 baru-baru ini turut tiba secara tidak rasmi di pasaran Singapura, juga melalui kedai motosikal yang mengimportnya secara bebas dari Indonesia. Sememangnya peminat skuter di pasaran Vietnam dan Singapura boleh dikatakan bertuah kerana mereka kini mampu memiliki Honda ADV160 2022 lebih awal.
Antara kelebihan yang ditawarkan oleh Honda ADV160 ialah penampilan terbaharunya kini kelihatan lebih sporty berbanding model Honda ADV150, di samping kapasiti enjin yang lebih besar dan lebih berkuasa. Model itu turut dilengkapi HSTC, ruang simpanan 30 liter, Honda Smart Key, pengecas USB dan sistem ESS (Emergency Stop Signal).
Sumber gambar dari : Minh Long Motor (Vietnam) & i-Motoring Singapore
Galeri : Honda ADV160 2022 (Vietnam)
Galeri : Honda ADV160 2022 (Singapura)