Galeri : Yamaha RZ250R 1987 di pasaran Jepun

Model Yamaha RZ250R keluaran tahun 1987 untuk pasaran Jepun ini mempunyai tiga pilihan warna menarik. Ianya dilengkapi enjin dua lejang parallel twin bersesaran 247cc dengan kuasa maksimum 35.5hp @ 8,500rpm dan tork setinggi 30.2Nm @ 8,000rpm. Enjin dengan teknologi YPVS itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan.

Melihat kepada penampilannya, Yamaha RZ250R ini mempunyai spesifikasi yang serba lengkap, seperti suspensi belakang tunggal, brek cakera depan jenis berkembar, lampu depan dalam bentuk bulat, tangki bahan api 16.5 liter, dan sistem ekzos di bahagian kiri dan kanan. Menurut sumber, kelajuan maksimum model tersebut mencecah 157.7 km/j.

Sumber gambar : Yamaha Motor Co., Ltd.

Sumber maklumat spesifikasi : motorcyclespecs.co.za