Model naked Bajaj Pulsar NS125 2022 kini dilengkapi fork depan jenis terbalik (upside down) di pasaran Greece. Naik taraf tersebut menjadikan penampilannya menjadi lebih sporty, di samping menawarkan prestasi kawalan tunggangan yang lebih baik dan lebih selesa. Bermula 01hb. Oktober 2022, harga jualannya ialah € 2,890.00 (RM 13,228.56).
Bajaj Pulsar NS125 dilengkapi enjin 125cc (single cylinder, air cooled, SOHC, 4-valves, DTS-i) dengan padanan transmisi lima kelajuan. Enjin bertaraf Euro 5 itu menghasilkan kuasa maksimum 12hp @ 8,500rpm dengan tork 11Nm @ 7,000rpm. Mempunyai tinggi tempat duduk 805 mm dan berat 144 kg, model itu dibekalkan tangki bahan api 12 liter.
Selanjutnya Bajaj Pulsar NS125 dilengkapi suspensi belakang monoshock Nitrox, brek cakera depan dan belakang dengan ABS Single Channel, speedometer digital pelbagai info dengan penunjuk RPM Limit, dan dua pilihan warna Orange dan Silver. Di pasaran Malaysia, Modenas kini menawarkan Pulsar NS200 ABS dengan harga RM 9,655.00.