GPX Demon GR165RR 2022 kini di pasaran Bangladesh, dilengkapi teknologi 4-valves dan ABS Dual-Channel

GPX Generic Bangladesh pada bulan Julai yang lepas secara rasminya melancarkan model sport bike terbaharu GPX Demon GR165RR 2022. Model berkenaan merupakan kesinambungan kepada model GPX Demon GR165R 2021 yang dilancarkan sebelum ini, yang kini tampil dengan dua naik taraf terkini yang lebih berkuasa dan lebih selamat.

Dua naik taraf terkini yang melengkapi GPX Demon GR165RR 2022 ialah enjin 164.6cc (1-cylinder, 4-stroke, SOHC, Liquid-cooled, GPX-FI) pada model tersebut kini dilengkapi teknologi 4-valves, di samping sistem brek cakera kini didatangkan dengan sistem ABS dual-channel. GPX Demon GR165RR turut menawarkan dua pilihan warna terbaharu.

Dengan teknologi 4-valves, jumlah kuasa yang dihasilkan GPX Demon GR165RR kini mencapai 19.2bhp @ 10,500rpm, dengan tork maksimum 15.0Nm @ 7,500rpm. Sistem brek ABS dual-channel pula memastikan aspek tunggangan dan pemberhentian model sport bike full fairing tersebut kini lebih selamat, terutamanya dalam situasi kecemasan.

Spesifikasi menarik lain yang melengkapi GPX Demon GR165RR 2022 adalah seperti kerangka trellis, panel meter digital (Full LED Digital Meter with Soft Touch Technology), sistem lampu LED, suspensi depan upside-down, suspensi belakang dengan ciri boleh dilaraskan (YSS 7 levels adjustable), dan kapasiti maksimum tangki bahan api 11 liter.

Selain itu, model berkenaan juga dilengkapi tayar depan dan belakang masing-masing dalam siri 100/80-17 dan 140/70-17, kedua-duanya merupakan tayar tanpa tiub. Tinggi tempat duduknya ialah 815 mm, dengan berat hanya 155 kg (net weight). Harga jualan yang ditawarkan di pasaran Bangladesh ialah TK 3,60,000, bersamaan RM 16,872.46.

Artikel berkaitan :