Keeway V302 C 2022 dilancarkan di pasaran Itali, harga jualan bersamaan RM 22,001.56

Pada awal bulan Ogos 2022 yang lepas, Keeway Itali telah melancarkan sebuah model cruiser terbaharu Keeway V302 C 2022. Hadir dengan dua pilihan warna menarik hitam dan kelabu, harga jualan yang ditawarkan untuk model berkenaan di pasaran Itali ialah sebanyak € 4,890.00, bersamaan RM 22,001.56 mengikut kadar mata wang semasa.

Keeway V302 C dikuasakan enjin bersesaran 298cc (V-twin 4T, 8 Valves, liquid, SOHC) dengan sistem transmisi enam kelajuan dan tali sawat sebagai pemacu akhirnya. Enjin itu menghasilkan prestasi maksimum 29.5hp @ 8,500rpm dan tork 26.5Nm @ 6500rpm. Dengan berat kering 167 kg, model itu seterusnya dilengkapi tangki bahan api 15 liter.

Spesifikasi lengkap pada Keeway V302 C antaranya termasuklah fork depan jenis USD, suspensi belakang berkembar, saiz roda depan dan belakang 120/80-16 dan 150/80-15, tinggi tempat duduk hanya 690 mm, sistem lampu LED sepenuhnya, panel meter digital, dan tidak dilupakan ialah sistem brek cakera 300 mm dan 240 mm dengan sistem ABS.

Selain di beberapa buah pasaran Eropah, Keeway V302 C 2022 turut dilancarkan pada dua hari yang lepas di pasaran India, dengan harga ₹ 389,000 (RM 21,932.34). Untuk pasaran India, model cruiser yang bergaya elegan itu tampil dengan tiga pilihan warna menarik. Selepas ini, adakah kemungkinan ianya dilancarkan pula di pasaran Malaysia?

Artikel tajaan untuk membantu ikon permotoran Gabit Saleh :