Pengeluar motosikal Bajaj dari India baru-baru ini melancarkan sebuah model terbaharu Bajaj CT 125X 2022. Didatangkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Ebony Black / Green, Ebony Black / Blue dan Ebony Black / Red, harga yang ditawarkan untuk model itu ialah sebanyak INR 71,354.00, bersamaan RM 4,008.43 mengikut kadar semasa.
Bajaj CT 125X dilengkapi enjin bersesaran 124.4cc (4 stroke, Air cooled Single cylinder, SOHC, DTSi) dengan teknologi ‘Intelligent Carburetor’, yang kemudiannya dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan. Jumlah kuasa maksimum yang dikeluarkan oleh enjin itu mencapai paras 10.9PS @ 8,000rpm, dengan tork maksimum 11Nm @ 5,500rpm.
Spesifikasi lengkap lain pada Bajaj CT 125X ini antaranya seperti fork depan teleskopik, sepasang suspensi belakang, brek cakera depan dan brek dram belakang dengan CBS, tinggi tempat duduk 810 mm, tayar depan 80/100-17, tayar belakang 100/90-17, lampu depan dengan DRL, speedometer analog, dan termasuklah juga port pengecas USB.