Benelli 180S 2023 tampil dengan skim warna terbaharu

Benelli 180S untuk musim 2023 kini tampil dengan skim warna terbaharu, menjadikan penampilan terkininya lebih menarik. Spesifikasi teknikal bagaimanapun tiada sebarang perubahan, bermakna model naked itu masih mengekalkan enjin bersesaran 175.3cc, dengan kuasa maksimum 18hp @ 9,000rpm dan tork maksimum 14.5Nm @ 7,000rpm.

Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, teknologi tiga palam pencucuh yang canggih dan sistem suntikan bahan api EFI. Melengkapkan lagi ciri-ciri menarik model tersebut ialah panel meter digital, sistem lampu LED, fork depan terbalik, sistem brek cakera, rim aloi yang sporty dan kapasiti tangki bahan api 10 liter.

Untuk pasaran Malaysia, MForce Bike Holdings (Benelli Malaysia) menawarkan model yang sama, namun dengan kapasiti enjin hanya 149.8cc. Model tersebut tampil dengan dua varian iaitu Benelli 150S (Standard) dan Benelli 150S SE (Special Edition). Setakat ini belum ada maklumat adakah model itu akan turut menerima skim warna terbaharu.